mumbling- mumbling

Assalamualaikum wbt. Hyee readers. Saya muka baru at sini dan posts pn tak banyak. Masih belajar banyak perkara dan cerita pun tak bape best. Huhu. Sorry sorry sorry. Insyaallah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jarang mewujudkan diri di sini sebab belajar itu satu keutamaan. yeaahhh *gelak* so, do give me sum supports k :) btw, thank's for dropping by and for the comments !

Tuesday, March 23, 2010

Kembali =11=

Jam di pergelangan tangan menunujukkan pukul 1.30 petang. Irsyad memberhentikan keretanya di car park. Penuh hati-hati, dia membuka pintu kereta lalu melangkah keluar. Perut menyengat lapar. Nak pergi makan tengah hari la ni..

Matahari meninggi. Teriknya membahang. Inilah Malaysia. Fuhhh.. Dikesat manik-manik peluh yang memercik di dahi. Rasa macam nak duduk UK semula.

"Eh? Allah.. Phone!" Irsyad panik bila poket seluar yand diraba kosong. Handphone! Handphone aku mana? Careless tol kau ni Irsyad! Dusshhh.. Dia bergegas masuk semula ke dalam kereta. Manelah tau tercicir kat situ..

"Assalamualaikum." Suara seorang lelaki mengejutkannya.

"Wa..Waalaikumussalam!" Sepantas kilat Irsyad berpaling.

TONG!!

"Aucccchh!" Kepalanya terhantuk pada bumbung kereta.. lagi? Memang clumsy. Lain kali beli kereta takde bumbunglah Irsyad. Haish.

"Ehh! Erk sorryy sorry. Saya tak berniat langsung nak kejutkan awak. Awak okey?"

"Takpe..Takpe.. Saya memang selalu camni. Saya okey." Okey ke ape.. Mau aku benjol dua tiga hari. Irsyad mengusap-ngusap dahinya. Adehh..

"Saya.. Mikael." Huh? Malaikat datang nak cabut nyawa aku dah ke? Ehhh ape pulak! Itu malaikat Izrael, ni Mikael. Ishhh. Biar betul malaikat nak jumpa aku? Sah kepala otak dah tak betul lepas terhantuk tadi. Irsyad memandang wajah di hadapannya.

Oh no no no! Aku kenal dia.. Ni.. Ni Budak ni yang menyakitkan hati! Paparazzi yang tangkap gambar aku selamba bodoh dia kat butik hari tu. Suwey betul. Dahla perut lapar, handphone hilang, benjol kepala pulak, pastu boleh terjumpa ngan mamat ni. Haisshh, malang.. malang..

"Ingat saya lagi?" Mikael Khairi sengih menampakkan susunan gigi putihnya.

Angguk. Ingat sangat!

"Irsyad rite?"

"Awak nak tangkap gambar saye lagi ke? Maaflah! Saye dah tak ingat camne nak senyum lepas jumpa awak hari tu."

"Haha! Kelakar jugak awak ni an."

"Papelah.." Irsyad kembali mencari handphonenya. Malas nak layan orang gila ni, karang penyakit dia jangkit kat aku. Huh.

"Carik ape?"

Nyibuk je! Dia nak ape lagi?

"Handphone" Ringkas jawapan Irsyad.

"Boleh tolong?"

"Hum"

"Number phone please?"

"Hah?" Kenapa nak ambik nombor aku pulak? Ingat aku nak bagi? Gile!

"Yelaah, kate handphone hilang. Orang nak tolong pun sombong." Mikael mengeluarkan Blackberrynya. Irsyad termalu sendiri. Perasan je. Hehe.

"Err.. 012-XXXXXXXX"

Mikael mendail nombor tersebut. Irsyad resah menunggu jawapan, hatinya lagi resah bila Mikael tak henti-henti senyum nakal. Sengaja nak menyakat orang. Huhu. Jejaka tinggi lampai ini mengenakan kemeja biru laut dengan slack hitam. Tampak berketrampilan tapi rileks. Aicehh! Dia ni baru balik kerja ke? Takkan awal sangat? Ke pergi site? Dia kerja ape eyh? Ehhh, apsal aku sibuk-sibuk nak tau pulak?



I'm just a lil bit caught in the middlle
life is a maze
and love is a riddle
i dunno where to go
can't do it alone i've tried
and i dunno why..



"Hah!" Mereka berdua terjerit serentak. Lantas berebut masuk ke dalam perut kereta, menjejak irama lagu tersebut.

Makin lama makin kuat bunyinya.. Macam dekat..

DOK!

Irsyad tersentak lalu memandang Mikael sedang menutup dashboard. Sony Ericson k6667 berwarna merah miliknya sudah berada dalam genggaman Mikael. Kalau dia angkat kening sekali, kening Mikael dah terjongket 2 kali. Oh no no no! Macam mana boleh ade kat dalam dashboard pulak?! Bila masanya aku letak?? Haish, satu lagi kecermekapan Nurul Irsyad.

Gulp. Malunya.

"Awak memang selalu simpan handphone kat sini ke?" Haaah, Mikael dah sengih sumbing.

Menyampahnye!!

"Taklah! Selalunya saye letak dalam bonet terus!" Irsyad selamba menjawab sambil merampas handphonenya daripada tangan Mikael. Sukati akulah nak letak mane.

DUMMM!

Pintu kereta ditutup kasar. Mikael masih tak berhenti sengih memerhati muka cemberut Irsyad. Comel. Kelakar betullah minah ni.. Asyik marah-marah je. Period ape? Haha!
Irsyad telan liur. Menghampiri mikael.

"Urm, thank's" Huh, terpaksa cakap! Sekadar berbahasa. Bukan ke budi bahasa budaya kita? Hah, jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang bagus kenalah bersama-sama menjayakan kempen ini. Cehh.

"No sweat" Mikael senyum. Senyuman kali ini menyenangkan.

Diam.

"Hah, oh ye! I almost forgotten. Actually, saye dari site. Kebetulan Mama suruh singgah your butik, nak amik new stock katanya. Dia ade hal hari ni. Kebetulan pulak, terjumpa Irsyad kat sini"

"Owh okey then."

"So? Irsyad on the way nak pergi butik ke?"

On the way ke hape, perut aku dah buat konsert Search ni. Haha.

"Yee.. Eh! Tak! Kejap lagi. I mean, saye nak pergi lunch sekarang. Kejap lagi baru pergi tapi.. kalau Encik Mikael nak pergi sekarang, saya boleh.."

"Eh! takpe, takpe. Kebetulan I pun belum lunch. Kita lunch together shall we? Then, boleh kita pergi sesama lepas ni."

Mikael bagi cadangan yang.. bernas ke? Uhuk. 'Kita?'

"Er.. Sure. Kalau itu cakap encik Mikael, why not!" Laju mulutnya meluncurkan kata. Irsyad setuju ke? Yeahh, sebab kesiankan perut yang dah berkeroncong sedari tadi. Sebab perut je, takde sebab lain. Huh. Lagipun, Mikael ni customer tetap. Be professional.

Mikael senyum dengan jawapan itu. Nasib baiklah tak kena maki hamun. Hehe.

"Heyy.. Encik Mikael? That's to formal. Mikael Khairi sudah.."

"Okeyy. Um Mikael Khairi." Sedapnya nama dia. Lidah Irsyad cuba membiasakan penyebutan sementara otak cuba mematri nama tersebut dalam ingatan. Hati buat ape? aiceh.. Haha.

*********

McD

Mereka duduk semeja. Of courselah semeja, takkan dua meja pulak. Haha. Makanan dah ada depan mata. Irsyad kekok.

"Eh janganla tenung saye camtu. Takut uh, cam nak makan orang je. Makan burger ni laa..Haha!"

Uh~ spontan muka Irsyad memerah. Aku dok perhatikan dia buat ape? Hisshh. Irsyad jeling Mikael dengan anak mata. Baru perasan.. Itu dia, kedua-dua lekuk di pipi Mikael terserlah bila jejaka itu ketawa. Senyuman itu mengingatkannya pada seseorang. Senyuman yang dia rindu. Senyuman Afiq.

"Nah. Makan ni bagi gemuk. Hee" Selamba je Afiq mengusik. Menghulurkan sebungkus cheeseburger kepada irsyad.

Kemudian, Mikael mengeluarkan jeruk timun daripada burgernya. Irsyad terpempan. Memerhati lagi. Mikael tersedar Irsyad memandangnya.

"Ow. Sorry. I know, I pelik kan? Haha. I tak suke makan timun ni" Mamat ni gelak lagi lalu menyumbat burger ke dalam mulut.

Same.. macam.. Afiq lagi! Tersentap. Hatinya direntap sebak.

Macam kat depan mata 'Afiq' muncul semula.. Ya Allah..

KREEEKKK~

Kerusi terdorong ke belakang. Irsyad bangun. Mikael angkat kening.

"Ecxuse me. Saye nak pergi toilet jap." Air mata Irsyad dah berladung.