mumbling- mumbling

Assalamualaikum wbt. Hyee readers. Saya muka baru at sini dan posts pn tak banyak. Masih belajar banyak perkara dan cerita pun tak bape best. Huhu. Sorry sorry sorry. Insyaallah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jarang mewujudkan diri di sini sebab belajar itu satu keutamaan. yeaahhh *gelak* so, do give me sum supports k :) btw, thank's for dropping by and for the comments !

Tuesday, March 23, 2010

Kembali =11=

Jam di pergelangan tangan menunujukkan pukul 1.30 petang. Irsyad memberhentikan keretanya di car park. Penuh hati-hati, dia membuka pintu kereta lalu melangkah keluar. Perut menyengat lapar. Nak pergi makan tengah hari la ni..

Matahari meninggi. Teriknya membahang. Inilah Malaysia. Fuhhh.. Dikesat manik-manik peluh yang memercik di dahi. Rasa macam nak duduk UK semula.

"Eh? Allah.. Phone!" Irsyad panik bila poket seluar yand diraba kosong. Handphone! Handphone aku mana? Careless tol kau ni Irsyad! Dusshhh.. Dia bergegas masuk semula ke dalam kereta. Manelah tau tercicir kat situ..

"Assalamualaikum." Suara seorang lelaki mengejutkannya.

"Wa..Waalaikumussalam!" Sepantas kilat Irsyad berpaling.

TONG!!

"Aucccchh!" Kepalanya terhantuk pada bumbung kereta.. lagi? Memang clumsy. Lain kali beli kereta takde bumbunglah Irsyad. Haish.

"Ehh! Erk sorryy sorry. Saya tak berniat langsung nak kejutkan awak. Awak okey?"

"Takpe..Takpe.. Saya memang selalu camni. Saya okey." Okey ke ape.. Mau aku benjol dua tiga hari. Irsyad mengusap-ngusap dahinya. Adehh..

"Saya.. Mikael." Huh? Malaikat datang nak cabut nyawa aku dah ke? Ehhh ape pulak! Itu malaikat Izrael, ni Mikael. Ishhh. Biar betul malaikat nak jumpa aku? Sah kepala otak dah tak betul lepas terhantuk tadi. Irsyad memandang wajah di hadapannya.

Oh no no no! Aku kenal dia.. Ni.. Ni Budak ni yang menyakitkan hati! Paparazzi yang tangkap gambar aku selamba bodoh dia kat butik hari tu. Suwey betul. Dahla perut lapar, handphone hilang, benjol kepala pulak, pastu boleh terjumpa ngan mamat ni. Haisshh, malang.. malang..

"Ingat saya lagi?" Mikael Khairi sengih menampakkan susunan gigi putihnya.

Angguk. Ingat sangat!

"Irsyad rite?"

"Awak nak tangkap gambar saye lagi ke? Maaflah! Saye dah tak ingat camne nak senyum lepas jumpa awak hari tu."

"Haha! Kelakar jugak awak ni an."

"Papelah.." Irsyad kembali mencari handphonenya. Malas nak layan orang gila ni, karang penyakit dia jangkit kat aku. Huh.

"Carik ape?"

Nyibuk je! Dia nak ape lagi?

"Handphone" Ringkas jawapan Irsyad.

"Boleh tolong?"

"Hum"

"Number phone please?"

"Hah?" Kenapa nak ambik nombor aku pulak? Ingat aku nak bagi? Gile!

"Yelaah, kate handphone hilang. Orang nak tolong pun sombong." Mikael mengeluarkan Blackberrynya. Irsyad termalu sendiri. Perasan je. Hehe.

"Err.. 012-XXXXXXXX"

Mikael mendail nombor tersebut. Irsyad resah menunggu jawapan, hatinya lagi resah bila Mikael tak henti-henti senyum nakal. Sengaja nak menyakat orang. Huhu. Jejaka tinggi lampai ini mengenakan kemeja biru laut dengan slack hitam. Tampak berketrampilan tapi rileks. Aicehh! Dia ni baru balik kerja ke? Takkan awal sangat? Ke pergi site? Dia kerja ape eyh? Ehhh, apsal aku sibuk-sibuk nak tau pulak?



I'm just a lil bit caught in the middlle
life is a maze
and love is a riddle
i dunno where to go
can't do it alone i've tried
and i dunno why..



"Hah!" Mereka berdua terjerit serentak. Lantas berebut masuk ke dalam perut kereta, menjejak irama lagu tersebut.

Makin lama makin kuat bunyinya.. Macam dekat..

DOK!

Irsyad tersentak lalu memandang Mikael sedang menutup dashboard. Sony Ericson k6667 berwarna merah miliknya sudah berada dalam genggaman Mikael. Kalau dia angkat kening sekali, kening Mikael dah terjongket 2 kali. Oh no no no! Macam mana boleh ade kat dalam dashboard pulak?! Bila masanya aku letak?? Haish, satu lagi kecermekapan Nurul Irsyad.

Gulp. Malunya.

"Awak memang selalu simpan handphone kat sini ke?" Haaah, Mikael dah sengih sumbing.

Menyampahnye!!

"Taklah! Selalunya saye letak dalam bonet terus!" Irsyad selamba menjawab sambil merampas handphonenya daripada tangan Mikael. Sukati akulah nak letak mane.

DUMMM!

Pintu kereta ditutup kasar. Mikael masih tak berhenti sengih memerhati muka cemberut Irsyad. Comel. Kelakar betullah minah ni.. Asyik marah-marah je. Period ape? Haha!
Irsyad telan liur. Menghampiri mikael.

"Urm, thank's" Huh, terpaksa cakap! Sekadar berbahasa. Bukan ke budi bahasa budaya kita? Hah, jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang bagus kenalah bersama-sama menjayakan kempen ini. Cehh.

"No sweat" Mikael senyum. Senyuman kali ini menyenangkan.

Diam.

"Hah, oh ye! I almost forgotten. Actually, saye dari site. Kebetulan Mama suruh singgah your butik, nak amik new stock katanya. Dia ade hal hari ni. Kebetulan pulak, terjumpa Irsyad kat sini"

"Owh okey then."

"So? Irsyad on the way nak pergi butik ke?"

On the way ke hape, perut aku dah buat konsert Search ni. Haha.

"Yee.. Eh! Tak! Kejap lagi. I mean, saye nak pergi lunch sekarang. Kejap lagi baru pergi tapi.. kalau Encik Mikael nak pergi sekarang, saya boleh.."

"Eh! takpe, takpe. Kebetulan I pun belum lunch. Kita lunch together shall we? Then, boleh kita pergi sesama lepas ni."

Mikael bagi cadangan yang.. bernas ke? Uhuk. 'Kita?'

"Er.. Sure. Kalau itu cakap encik Mikael, why not!" Laju mulutnya meluncurkan kata. Irsyad setuju ke? Yeahh, sebab kesiankan perut yang dah berkeroncong sedari tadi. Sebab perut je, takde sebab lain. Huh. Lagipun, Mikael ni customer tetap. Be professional.

Mikael senyum dengan jawapan itu. Nasib baiklah tak kena maki hamun. Hehe.

"Heyy.. Encik Mikael? That's to formal. Mikael Khairi sudah.."

"Okeyy. Um Mikael Khairi." Sedapnya nama dia. Lidah Irsyad cuba membiasakan penyebutan sementara otak cuba mematri nama tersebut dalam ingatan. Hati buat ape? aiceh.. Haha.

*********

McD

Mereka duduk semeja. Of courselah semeja, takkan dua meja pulak. Haha. Makanan dah ada depan mata. Irsyad kekok.

"Eh janganla tenung saye camtu. Takut uh, cam nak makan orang je. Makan burger ni laa..Haha!"

Uh~ spontan muka Irsyad memerah. Aku dok perhatikan dia buat ape? Hisshh. Irsyad jeling Mikael dengan anak mata. Baru perasan.. Itu dia, kedua-dua lekuk di pipi Mikael terserlah bila jejaka itu ketawa. Senyuman itu mengingatkannya pada seseorang. Senyuman yang dia rindu. Senyuman Afiq.

"Nah. Makan ni bagi gemuk. Hee" Selamba je Afiq mengusik. Menghulurkan sebungkus cheeseburger kepada irsyad.

Kemudian, Mikael mengeluarkan jeruk timun daripada burgernya. Irsyad terpempan. Memerhati lagi. Mikael tersedar Irsyad memandangnya.

"Ow. Sorry. I know, I pelik kan? Haha. I tak suke makan timun ni" Mamat ni gelak lagi lalu menyumbat burger ke dalam mulut.

Same.. macam.. Afiq lagi! Tersentap. Hatinya direntap sebak.

Macam kat depan mata 'Afiq' muncul semula.. Ya Allah..

KREEEKKK~

Kerusi terdorong ke belakang. Irsyad bangun. Mikael angkat kening.

"Ecxuse me. Saye nak pergi toilet jap." Air mata Irsyad dah berladung.

Thursday, March 18, 2010

Kembali =10=


When you left I lost a part of me
It's still so hard to believe
Come back baby, please
Cause we belong together

Who else am I gon' lean on
When times get rough
Who's gonna talk to me on the phone
Till the sun comes up
Who's gonna take your place
There ain't nobody better
Oh, baby baby, we belong together

Irsyad termangu di birai katil . Bingung. Menangis sudah. Meraung sudah. Dia penat. Dah berapa bulan dia macam ni? Entah. Malam dan siang berganti tidak dikira. Saat tidak dihitung. Bagaikan hidupnya kosong. Tiada makna.

I can't sleep at night
When you are on my mind
I only think of you
And it's breaking my heart
I'm trying to keep it together
But I'm falling apart

I'm feeling all out of my element
I'm throwing things, crying
Trying to figure out
Where the hell I went wrong
The pain reflected in this song
It ain't even half of what
I'm feeling inside
I need you
Need you back in my life, baby

Aku tak boleh. Aku tak mampu. Irsyad tak kuat Afiq! Kenapa Afiq pergi camtu je? Kenapa sagalanya bagaikan terlalu kejam? Irsyad meraup mukanya beberapa kali. Mindanya bingung. hatinya kusut. Rasa bersalah menikam. Kenapa kita tak pernah hargai orang yang kita sayang bila dia ada depan mata? Irsyad mintak maaf Afiq. Irsyad sayang Afiq. Irsyad love Afiq. If only..

Air mata yang leleh di pipi dikesat.

TOK! TOK!

Tersentak. Pintu biliknya diketuk.

"Irsyad? Nak pergi tak?" Emak.

"Humm tengoklah.."

"Okey. Jangan lambat sangat." dan selepas itu senyap. Tiada lagi suara. Seiisi rumah sudah bergerak ke Butik Aisyah. Hari ni, hari pembukaan butik pertama emak. Perlu ke aku pergi? Kat sana nanti semua orang senyum, gembira.. muka macam aku ni buat rosak majlis je. Huhu.

C'mon Irsyad. Start a new life. Meet people.

Fuuuhh..

Dia nekad lalu bergegas ke bilik mandi. Membersihkan diri, dan mengemasakn diri yang sudah berkurun tak terurus. Agaknya, kalau tumbuh janggut mesti serabai macam orang zaman batu.


*******


Irsyad mengenakan blouse putih berbunga kecil. Tudung merah jambu, litup di kepala. Tampak manis dan sopan. Senyum Irsyad.. senyum.. Adehhh, dah berape jam aku terpaksa senyum palsu ni? Para tetamu mula beransur pulang. Lega sikit.

Perasmian butik sulung ini disambut meriah. Belon sana-sini, riben tempek situ sana, fashion show, tak masuk bab makan lagi. Memang best. Oh, sebut pasal makan.. Dari pagi tadi aku tak jamah pape. Lapar deh. Sejak Afiq takde, aku langsung tak selera nak makan. Badan pun kurus melidi. Agaknya sekali angin tiup, badan dah melayang. Entah kenapa, hari ini perut bersemangat nak makan. Irsyad terus bergegas ke meja hidangan, mane tau ada makanan yang tinggal..



Aha! Itu dia! pucuk dicita, ulam pun tiba. Favourite tu. Yehhh, dia terus mengambil potongan blueberry cheesecake yang tinggal suku, manually pakai tangan. Alah~ sumbat jelah. Semua orang pun dah balik. Takde yang nampak punye.

Auuuuuumm.. Yumyum. Saat kek menyentuh lidah, terasa kelembutan jus keju dan manisan blueberry. Uh, sedaaaaaaaapnye! Nikmat tak terkira, bulu roma meremang keenakan. Irsyad menjilat-jilat jarinya penuh keghairahan. Nak sepotong lagilah...

Pipi dah kembung macam chipmunk. Bibir comot diselaputi krim. Kalau mertua tengok ni, terus kena reject. Haha.. Tangannya dah bersedia untuk mengambil potongan ketiga.

"Dasyhatnye... Kebulur sangat ke?" Suara seorang lelaki menegurnya. Gulp.

"Uhuk! Ahak! Ehek!" Irsyad tersedak. Terasa nak terluah semula kek yang ditelan. Mata dah terbeliak. Ade.. orang.. tengok aksi 18xx aku ke tadi? 'Dia' dah lama perhatikan aku ke? Muka Irsyad bagaikan disimbah sebaldi darah. Malu oh~

Irsyad masih berdiri tegak. Uhh, nak pusing belakang tengok gerangan yang menegur tak? Okeyy! Pejam mata dan.. pusing!

ZUUUUP!! Spontan itu mata besar Irsyad terbeliak.

Saat itu, tubuhnya beku. Darahnya berderau.. Afiq?!

KLIK!

Tergamam.

Ya Allah! Kau gila ape Irsyad? Afiq dah takde!

Lelaki itu senyum sumbing sambil memegang handphonenya. Kejap! Ape dia buat?

"Comel" 'Adam' itu senyum sambil menayangkan handphone Blackberrynya pada Irsyad. Kenapa pulak ni? Taulah handphone mahal, tak payahla riak. Ish.

Gambar seorang gadis dengan muka terkejut + krim comot penuh kat muka muncul di skrin. Kelakar gile! Haha.. Irsyad rasa cam nak gelak guling-guling atas tanah. Kalau masuk facebook.. Eh! Kejap! Macam familiar je...Itu bukan ke gambar aku? GULP.

Dia.. amik.. gambar aku ke tadi??!! WARRRRGGGGGHHH!!

"Heii! That's very rude and totally illegal!" Irsyad dah menjerit marah. Ape ni? sukati je amik gambar orang! Nak kena saman ke? Kurang ajar betul.

'Adam' itu dengan selambanya memasukkan handphone tersebut ke dalam poketnya. Satu killer grin terukir di wajahnya membuatkan Irsyad rasa tak tentu arah. Belum sempat Irsyad menghamburkan geram..

"Irsyad!" Suara nyaring ibunda tercinta kedengaran. Memecah ketegangan.

Pn. Hashima alias emak Irsyad menghampiri mereka berdua. Di sisinya berdiri seorang wanita dalam lingkungan 40 an. Anggun berbaju batik pucuk pisang.

"Ni haaa, mak nak kenalkan dengan kawan mak. Datin Marlia. Die nilah yang banyak tolong mak dalam usaha nak bukak butik ni"

Irsyad melempar senyum manis lantas bersalaman dengan wanita separuh abad itu. Ohh.. Mak datin ni kelihatan masih anggun walaupun sudah lanjut usianya. Sesekali matanya curi-curi melirik pada lelaki yang masih tercegat di sebelahnya. Hati dirundung gelisah. Hisshh! Die buat ape lagi kat sini?

"Ehhhh, tak payahlah ber-mak-datin dengan saya. Panggil Auntie Mar je. Ni Irsyad ye? Cantiiik.. Dah besar panjang rupanye." Datin Marlia menampar bahunya lembut.

Kena puji. Kuang kuang kuang~

"Puuuft!! Uhuk!" Lelaki di sebelahnya menahan tawa. Mulut ditekup. Cehh, perli la tu. Sakitnya hati! Nyibuk je. Irsyad rasa macam nak pijak kaki dia kuat-kuat kat situ jugak, tapi ditahan. Tak manis anak dara buat macam tu depan orang.

"Terima kasih banyak ye Puan.." Emak mengiringi Datin Marlia hingga ke pintu butik. Irsyad mengekori, lelaki tersebut membuntuti. Apsal mamat ni ikut sekali?

"Takpe, takpe. If there's anything just give me a call."

Lelaki itu mendahului langkah Irsyad, menghampiri Datin Marlia yang sedang berbual dengan Pn. Hashima. Sempat dia hadiahkan lagi satu killer grin yang menyakitkan hati Irsyad. Sengih, sengih.. Taulah dia hensem!

"Okeylah. Anak saya dah bising nak balik, katanya berlambak kerja kat office." Datin Marlia meminta diri sambil meraih lengan pemuda itu. Anak.. dia?!

"Hah itulah dia, nak tunggu mama sekejap pun susah ye Mikael." Emak mengusik. Emak pun kenal paparazzi tak bergaji ni? Mikael nama dia? Sah bukan Afiq! Bukan..

Irsyad masih blur blur bila kereta merc hitam hilang dari pandangan. Huh?

Bahunya dipeluk seseorang. Irsyad lantas berpaling, seraya tersenyum memandang emaknya. Mata orang tuanya berkaca. Ada riak haru di situ. Dia tahu.. semua orang risaukannya selepas pemergian Afiq. Setiap saat mereka sentiasa di sisinya tetapi Irsyad tiada daya. Hari ini dia bangkit. Membeliakkan mata yang memandang. Irsyad cuba kuatkan diri, tegarkan hati. Pn. Hashima Bangga dengan perubahan anaknya. Mereka berpelukan erat.


Tuesday, March 16, 2010

Kembali =9=

KLIA- 3 and a half years later..

Barisan manusia masih panjang, menanti untuk keluar dari perut pesawat MAS dan Irsyad adalah antara orang yang terawal keluar. Teruja.

"Terima kasih, jumpa lagi!"

Irsyad membalas senyum. Aduuhh! Hensemnye pramugara ni. Beg sandang digalas erat.

Hawa panas menampar wajahnya. Irsyad jejakkan kaki atas tanah. Rase cam nak cium-cium je tanah kat sini. Nafas ditarik sedalamnya. Malaysia, Oh tanah airku.. I'm back!

Terbayang di ruang matanya wajah mak, abah dan... Afiq! Semalam dah call Afiq. Dia janji nak jemput. Sebulan lagi mereka bakal melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah. Irsyad tersenyum bahagia, tak sabar nak tatap wajah-wajah yang dirindui.

Tiba di balai ketibaan, ibu bapa, sanak saudara dan handai taulan sedang bersesak menemui kepulangan wajah-wajah yang dinanti. Irsyad senyum melihat gelagat mereka. Tiada sambutan buatnya. Kepulangannya kali ini tanpa pengetahuan keluarga. Nak buat suprise kononnya.
Matanya ralit tercari-cari kelibat seorang jejaka. Afiq Akim.


"Nanti bila Irsy nak balik sini, bitau tau. Nanti Fiq tunggu kat sini, pegang signboard besar- besar , tulis.. IRSYAD'S FUTURE HUSBAND. Hakhakhak!"

"Hisyhh! Irsy taknak ngaku nanti. Tak kenal-tak kenal.. Haha."

"Manelah tau an, die lupe at kite sebab mat salleh at sane hensem hensem. Huhu"

"Takdelah! Haha!"


Irsyad ketawa kecil mengenangkan saat beberapa tahun lalu. Hum, Afiq belum sampai lagi kot. Orang yang dicari tiada bayang. Takpe, dia tunggu.. Sanggup tunggu.

30 MINIT.
Traffic jam kot. Irsyad round-round kat airport dulu.







SATU JAM.
Irsyad topang dagu.








SATU JAM SETENGAH.
Banyak kali nombor telefon bimbit Afiq cuba didail tapi tiada jawapan.





HAMPIR DUA JAM.

Arggghh penat menunggu! Muak. Tahap kesabarannya meletus dari batasan. Irsyad mula rasa bengang. Akhirnya, dia mengambil keputusan dan menelefon abah untuk menjemputnya. Mane Afiq ni? Ahh! lantaklah! Hati kecilnya tercalar.


*******

"Irsyad, Fiq tu tak sengaja kot, yang penting Irsyad dah selamat smapai." Encik Safwan yang sedang memandu cuba menenangkan anaknya. Irsyad kalau dah merajuk, muka masam je. Langsung tak bagi respons.

Tak sengaja? Hah yelah tu. Mesti Afiq busy sangat sampai lupe kat orang. Sakitnye hati ni. Niat hati yang teruja nak berjumpa orang yang disayangi terbantut. Moodnya melayang.

BZZZZZRRRR!! BZZZZZZZRRRRR!!

Poketnya bergetar. Handphone. Huh. Siape plak yang call ni?


AFIQ CALLING..


Oh. Urmmmm Nak jawab taknak? Jawab taknak? Jawab? Taknak? Jawablah!

"Assalamualaikum." Suara garau menyapa pendengarannya. Hati Irsyad msendidih.

"Waalaikumussalam. Fiq tau tak Irsy macam orang bodoh tunggu Fiq kat airport tadi!"

"Kak Irsy, ni Aqil." adik Afiq yang bersuara.

Gulp. Alamak, camne leh silap. Tulaa, aku main serbu je. Tau nak marah je. Irsyad mengutuk diri. Eh, habis tu.. Afiq mane?

"Owh. Sorry sorry. Ehem.. Afiq mane?"

"Die.. Urm akak, Sebab tulah Aqil call ni. Abang Fiq.. die.."

Senyap. Aqil telan liur. Nafasnya mendesah dari corong telefon. Irsyad rasa tak enak.

"Die accident on the way nak amik akak tadi!"

Huh?! Tersedut segala darah Irsyad. Ya Allah! Dadanya berombak.

"Ya Allah.. Ha..Habis tu die camne?" Teruk ke?

"Akak.. Abang tadi parah. Akak sabar ye, die.."

Kerisauan menghambat. Ya Allah, selamatkanlah dia..

"Akak, mintak maaf sesangat.. Abang Fiq dah takde."

PAP! Handphone terlepas dari genggaman.

Nafas Irsyad dah tak tentu arah. Allah..Allah.. Tak mungkin. Jantungnya bagai nak pecah mendengar berita itu. Air mata dah mencurah-curah.

Afiq!!!

Kembali =8=

Cardiff, United Kingdom

Laptop merah milik Irsyad dibuka. Segelas hot chocolate diteguk. Walaupun sekarang musim panas, suhu malam dah mencecah 16 c. Sejuk jugaklah bagi orang malaysia yang dah biasa mandi peluh. Dikerling jam digital: 10 PM. Urmm lebih kurang pukul 2 petang kat Malaysia kot. Irsyad mencongak sendiri. Kat sini lewat 8 jam tau. Ikon YM diklik, macam biasa..

BUZZ!

Afiq_akim: assalamualaikum love ;)

Irsy: Waalaikumussalam

Afiq_akim: Tak tido lagi?

Irsy: belum. skrg kol 8 pn blum gelap. Oit tak keje ke?

Afiq_akim: Dlm office ni. Hahaa.

Irsy: Haa, tuang ek.

Afiq_akim: Manede. Tak baik tuang-tuang. skrg nga free =p

Irsy: Ok2. How r u?

Afiq_akim: Amboi! Mentang2 dok sane. cakap org putih je an. I'm fine, thank you. How r u my beautiful fiancee?

Irsy: Hehe. Alhamdulillah.

Afiq_akim: How's life?

Irsy: Great. skrg summer. byk free. Hee. Gi jalan je kejenye. Rase cam nak dok sni terusss!

Afiq_akim: Tak bole!

Irsy: Npe?

Afiq_akim: I MISS YOUUUUUUUU

Irsy: Haha. Lagi 2 tahun orang balik.

Afiq_akim: Tengok uh..

Irsy: =p kla, nk tido

Afiq_akim: Laaah, sengaje je. webcam jap.

Isry: Haish. hari2 tngok muke die oh. Haha. okey.


Irsyad cepat-cepat capai tudung di sebelahnya. Rasa puas hati, butang "accept video call" ditekan dann selang beberapa minit.. TOING! itu diaa.. wajah pria yang dirindui, menjelma di skrin. Masih hensem seperti biasa. Hehe.


"I.. LOVE..YOU!" Jerit Afiq. Boleh pecah speaker. Taulah Malaysia dengan UK jauh an. Haha.


Irsyad ketawa bila melihat tangan Afiq di skrin.

"Nite. Sleep tight. Dream of me!"

Irsyad jelir lidah.

"Mmmmuaaah!" Afiq cium skrin. Memang tak betul mamat ni. Angau.. Irsyad gelak kegelian.

"Okey love. Take care. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Skrin berubah warna. Gelap. Senyap. Tiada lagi tawa Afiq. Mouse digerakkan ke gambar tetingkap. Shutting down.. Matanya masih menatap skrin laptop yang kosong.

"Haih" Kepulan sunyi menghambat diri. Siape cakap dia tak rindu bila duduk jauh beribu batu?


Saturday, March 13, 2010

Kembali =7=

Irsyad tenung cincin di jari manisnya bagai nak tembus. Aku.. dah tunang? Dengan siapa? Afiq lah! Tu lah pasal an.. Hentak kepala kat dinding 13x pun belum tentu aku percaya! Irsyad masih dalam kejutan tapi itulah kenyataannya. Wahahaha!

"Weyh, dah siap packing?" Suara Aida mengelus pendengaran.

"Yup." Irsyad pandang beg hitam kat hujung katil. Kecik je.. Bukannya nak pindah sana terus.

"Kau dah fikir masak-masak?" Aida mengadapnya. Irsyad angguk. Aku pergi study 3 tahun, balik, terus kahwin. Camtulah yang dibincangkan dengan Afiq dan keluarga. Nape aku tak kahwin pastu fly ah? Entah. Macam Irsyad cakap: I need time.

Masing-masing kelu. Melayan perasaan sebentar.

"Aku sayang kau" Aida terus memeluk Irsyad.

"Aku pun"


******


KLIA

So.. this is it. Kejap lagi nak fly dah. Irsyad pandang sekeliling.. Ada mak, abah, adik, Aida, mak mertua, bapak mertua.... Opsss! bakal mertua ye. Hehe.. Aqil, bakal adik ipar dan.. Afiq!
Afiq yang tengah berpeluk tubuh. Berkerut. Muncung panjang semacam. Kelakar betul. Orang nak ucap "bye bye" dah ni. Irsyad berjalan ke arahnya.

"Assalamualaikum." Ngeee~ Senyum. Buat muka comel.

"Waalaikumussalam" Masam je muka.

"Awak okey?"

"Tak. Irsy, Fiq nak ikuuuutt...!!" Aloh, boleh pulak merengek cam budak kecik. Irsyad tergelak. Hari tu dah buat perjanjian kan.

"Tak boleh lah. Kejap je. Satu, dua, tiga.. Tiga tahun je!" Irsyad tunjuk tiga jarinya. Dah macam ajar budak tadika. Hehe.

"Bersamaan 36 bulan, 144 minggu, 1095 hari..and.."

Irsyad pecah perut ketawa. Boleh pulak dia buat calculation matematik kat sini.

"Dah, dah. Karang entah berapa ribu saat Fiq sebut."

"Yup. Beribu-ribu saat tanpa Irsy. Fiq tak boleh.."

Terdiam. Wehh Afiq, tolonglah janganlah buat aku nangis. Wuu~ Irsyad terus pergi kat Aida, berpelukan dan bersalaman ngan kaum kerabat. Tak nak pandang muka Afiq. Tak sanggup.
Segala macam pesanan sampai kat telinga. Adehh camne nak ingat. Last-last, kena mengadap muka Afiq jugak.


PANGGILAN PERTAMA UNTUK GATE 9


"Hum dah nak pergi ni.."

"Irsyad jangan nakal-nakal"

"Okey"

"Jangan tinggal solat"

"Okey"

"Jangan malas-malas"

"Okey"

"Jangan lupa telefon selalu"

"Okey"

"Jangan buat Fiq risau"

"Okey"

"Jangan gatal-gatal"

"Okey" Gelak.

"Jangan.."
Heyyyy!

"Berapa banyak jangan awak nak pesan kat saye hum? Jangan risau Fiq. Insyaallah Irsyad tau jage diri. Fiq tuu take care elok-elok. Jangan lupa Irsyad." Bergetar suara aku do. Afiq gigit bibir.

"Fiq tak akan lupe. Nanti bila Irsy nak balik sini, bitau tau. Nanti Fiq tunggu kat sini, pegang signboard besar-besar , tulis.. IRSYAD'S FUTURE HUSBAND. Hakhakhak!"

"Hisyhh! Irsy taknak ngaku nanti. Tak kenal-tak kenal.. Haha."

"Manelah tau an, die lupe at kite sebab mat salleh at sane hensem hensem. Huhu"

"Takdelah! Haha!" Pantas tangan Irsyad memukul Afiq dengan passportnya. Aduuuhh..


PANGGILAN KEDUA UNTUK GATE 9



Tawa mereka terbantut. Kelu sementara. Gulp.

Hum.. Masa tak banyak. Irsyad dah nak tarik beg, nak pergi. Cukup touching-touching sampai sini kot. Huhu.

"Nurul Irsyad" Afiq tenung matanya.

"Yes?"

"Tell me you love me."

"Huh?" Ape Fiq ni?

"For the last time. Maybe.."

"Fiq, Insyaallah kite jumpe lagilah. Kalau Allah panjangkan umur, kalau ade jodoh. Hehe.. Kite still boleh contact kan?" Apelah dia merepek ni? Teknologi kan dah moden.. YM, Myspace, Cellphone.. walau jauh di mata, dekat di hati kan? Bolehlah melepas rindu. Aiceh.

"Tell me. Please.." Desak Afiq. Beritahu jelah Irsyad, ape yang susah sangat. Tak pernah sekali pun tiga perkataan tu terluah dari bibirnya. Kenapa tak nak beritahu? Ego? Malu?


PANGGILAN TERAKHIR UNTUK GATE 9


"I got to go now. Goodbye. Assalamualaikum" Irsyad tunduk. Tanpa jawapan, mengorak langkah ke arah gate balai berlepas. Keluarga dan teman melambai selamat tinggal. Irsyad senyum. I'm strong. Yeahhh.

"Irsyad!" Afiq memanggil, sayunya hati.

Waaa kejam ke aku bila langsung tak toleh belakang lagi? Muka Afiq pun aku tak pandang. Aku takut 'ter'nangis nanti dan aku takut Afiq nampak aku nangis. Aku tak boleh. Aku tak nak.

"Irsyad!" Irsyad makin jauh. Degilnya Irsyad!

Afiq terpempan. Ditinggalkan camtu je? Sampai hati..

Sorry Fiq.

"IRSYAAAAAAD! I LOVEEEE YOUUUUU!" Hah, amik kau!

Bergema suara Afiq kat airport tu. Berpasang-pasang mata tertumpu ke arah mereka. Terdiam. Segala operasi terhenti sebentar. Haaa..Wow, that's daring. Macam dalam movie.

PAP! langkah Irsyad terhenti. Terkejut.

Dia berpaling sekilas. Buat terakhir kali, mungkin. Afiq senyum. Dia senyum. Lega.

'I love you too' Hati kecil yang menjawab.

Kembali =6=

Mata Irsyad dah tak berkedip-kedip. Kalau tak sebab Afiq, sampai mati agaknya aku tak jejakkan kaki kat hotel camni. Nampak mewah.. Eh! bukan! memang mewah pun. Mesti Afiq sayang sangat kat 'dia' sampai sanggup buat semua ni. Haih, untungnya 'dia'.

Alunan muzik ballet live menangkap pendengaran. Para tetamu berpasangan masuk ke dewan. Haish, Irsyad dah macam rusa masuk kampung. Tercengang-cengang.

"Irsy. Sini!" Lengannya ditarik. Wooo~

Di satu sudut yang tersorok,

"Tolong Fiq ye?"

Angguk. Afiq di hadapannya gelisah. Macam nervous je. Mestilah kan..

"Tolong carik 'dia'. She's the only one yang pakai white kat sini. Iring dia naik atas stage bila lampu dah padam. Okey?"

"Huh? Er..arrr.. Ow.. owkey." Ingat: Baju putih, lampu padam, pentas.

"Thank's" Afiq bagi senyuman harapan. He's counting on me. Dia membetulkan blazer lalu tergesa-gesa nak beredar.

"Fiq?"

"Hum?" Berpaling.

Gulp. Irsyad, nape kau panggil dia? Nak cakap.. I love you ke?

"Er.. Um everything's gonna be fine." Pufff.. Lain pulak yang terkeluar.

Segaris senyum dan lesung pipit Afiq terukir dan dia melangkah pergi. Sekarang.. tinggal aku sesorang?

Hatinya masih berbolak-balik.

Camne kalau.. Idea jahat dah datang. Argggh! Irsyad! Find that girl! Jangan pentingkan diri.


******

Putih, putih? Manenye baju putih ni? Warna hijau ade, Kuning ade, hitam ade, putih je takde! Tension jugakla kena carik 'dia' dalam puluhan manusia.

Keep searching..

Agak-agaknye la an, camnelah rupe 'dia' ek? Mesti cantik an.. Mesti ayu.. Mesti pandai.. Mesti kaya.. Mesti perfect punyaa... Huhu! Tak macam aku.

Manenye girl pakai baju putih? Takde pun. Alas meja warna putih adelah!

"Eh dik, boleh tolong amikkan I air kat sane?" Huh? Irsyad pandang kiri. Seorang wanita, mak datin kot menghulurkan gelas. Ehh sukati dia je! Dia ingat aku ada rupa waiter ke?

"Arr.. Err.. Saya bukan.."

PTAK!


Gelap.



Hitam.


Arrrr??? Blakckout ke? Eh tak! Lampu dah padam! Girl tu! Alamak.. A..aku lom jumpe lagi. Camne ni? Nak carik dalam gelap camni.. Jangan kata muka orang, tangan sendiri pun aku tak nampak.


TING!

bunyi piano.

gulp.

Sebuah lagu dimainkan. Rentak melodi mengalun lembut.

I must be crazy now
Maybe I dream too much
But, when I think of you
I long to feel your touch

To whisper in your ear
Words that are old as time
Words only you would hear
If only you were mine

I wish I could go back to the very first day I saw you
Should have made my move when you looked in my eyes
'Cause, by now, I know that you'd feel the way that I do
And I'd whisper these words as you'd lie here by my side

I love you
Please say you love me, too
These three words, they could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
'Til the end of time

Menyentuh hati tol. Iryad masih terpempan. Rase cam lirik lagu tu kena kat batang hidung sendiri. Ek ni apsal mata basah ni? Tepukan gemuruh warga dewan bersatu.


SWWOOOOOSSHH

Badan Irsyad disimbahi cahaya. Irsyad kaget di situ. Matanya terkedip-kedip menahan silau. Tadi gelap semacam. Ni dah terlebih cahaya pulak. Uhh? Kejap.. nape semua orang tenung aku? S... sp..sppotlight! Aargghhh??!!

Weh! Silap orang ni! Bukan aku, bukan aku! No noooo nooo.. Spotlight salah orang. Habislah plan Afiq... Camne ni? Nak gerak kaki pun beku. Muka dah merah. Malu gile! Hukhuk. Ya Allah..

"Irsyad." Tetiba namanya bergema di pelusuk dewan. Irsyad mendongak. yaa.. Afiq Akim sedang tersenyum dengan mikrofon di tangan.

Huh? Matilah akuu..

Afiq turun dari pentas. Satu lagi spotlight mengekori setiap langkahnya.. sehinggalah dia menghampiri... Irsyad! Gulp.

DUP! DAP! DUP! DAP!

Dewan sunyi. Berpuluh-puluh pasang mata menunggu adegan seterusnya.

Irsyad kaku macam nak nyanyi lagu Negaraku. Tak berani nak tentang mata ngan siape-siape dah bila Afiq betul-betul berdiri di depannya.

"Arr.. Ff..Fiq. I'm so sorry. Sorryyy. Sorryyy.." Irsyad kalut menyusun kata. Sorry Fiq! Irsyad bukan sengaja nak..

"I LOVE YOU"

Huh?

"Irsyad I love you!"

What the...? Afiq dah melutut. Errr.. Otaknya blur kejap. Interpreting situation.. Aku.. taak.. mimpiii.. kan?

"Irsy, will you marry me?"

Kahwin? Afiq nak kahwin ngan aku? Oh my.. Jantung aku rasa nak tercabut.

"Huh? Owh. Ahh..." Ya Allah! Nak jawab ape ni?

"Irsyad."

"Y..yup?"

"You're wearing white." Killer grin.

PAK! Irsyad tepuk dahi. Aduuuhh, baru aku perasan! Aku ke yang pakai baju putih? so that's mean..

"Fiq yang rancang semua ni."

"Ahh.."

"Irsy sayang Fiq tak?"

"S..sayang"

"Love Fiq tak?"

Senyap.

"F..Fiq. Irsyad nak.. I.. I.. Arghhh I'm leaving!" Hah! Amik kau. Itu yang aku nak beritahu.

AHHHHHHHHHHH? (Penonton wat suara terkejut) Hehe.

Afiq bangun. Riaknya terkejut memandang Irsyad. Aku.. dah rosakkan keromantisan suasana ke?

"Pergi mana?"

"UK. Irsyad dapat tawaran pelajar peralihan tu."

"Bila fly?"

"Dalam..3 minggu lagi?"

"Berapa lama?"

"Urm, 3..4 tahun?"

Alamak, Afiq buat muka keruh. Mood dia dah takde tu. Afiq mengeluh.

"Nape tak beritahu Fiq awal-awal?"

"Petang tadi.. Irsyad cuba tapi Fiq.."

"Um okey. Habis camne dengan tawaran Fiq pulak?"

Gulp.

"Bagi Irsy fikir dulu." Otak aku serabut dah ni. Nasib baik tak stroke.

"Berapa lama lagi?" Dahla berjanggut aku tunggu budak ni.. berape lame lagi lah pulak nak tunggu jawapan? Penantian itu satu penyeksaan tahu. Hati Afiq merungut.

"I need time"

"Okey. I'll be waiting."

Kembali =5=

8.00 PM

Afiq masih tak berhenti sengih bila Irsyad masuk ke dalam perut kereta. Lexus hitam itu berkilau bila disinari cahaya lampu malam.

"Ape? Tak pernah tengok orang?" Hissh, Irsyad tak selesa bila dari tadi Afiq menatapnya. Rasa tak kena. Apanya? Aku pakai baju kan. Dah tu, senyum-senyum pulak. Macam tengok telletubbies je.

Afiq gelak melihat keadaan Irsyad.

1) Muka masam semacam. Haha. Kenapa agaknya ya?
2) Dia pakai seluar ngan blouse. Nasib baiklah bukan T-shirt dengan jeans but that's okey, still sweet. Hee.

"You takde baju kurung or dress ke?"

"OH. I tak tau pulak ade dress code?" Perli Irsyad. Lantak orang lah nak pakai ape. Nasib baik aku tak sarung kain batik ngan selipar jepun je. Dahla terpaksa ikut. Huh. Entah-entah nak culik orang ke hape.

"Whatever. Jangan menyesal" Afiq menekan pedal, kereta meluncur, membelah malam.


*******

Lagu dari corong radio memenuhi ruang. Masing-masing membatu. Tak macam selalu. Afiq serius memandu. Irsyad pulak lontar pandangan ke luar tingkap. Haih, macam naik kereta dengan orang bisu.

"I wanna you to help me." Suara Afiq memecah sunyi antara mereka.

"For what?"

"To propose that girl." Ujar Afiq selamba sambil matanya tumpu ke hadapan. Hotak die la aku nak tolong. Ingat lamar orang kahwin macam buat kerja sekolah?

Rasa cemburu menular ke seluruh saraf. Selalunya dia tak rasa macam ni pun bila Afiq ada girl baru. Kenapa sekarang?

"Taknak."

Afiq angkat kening. Irsyad never say "no".

"Nape?"

"Sukatilah."

"Irsy, I wanna propose him tonite."

Diam.
"I really need your help. Afiq tak boleh wat sendiri."

Senyap.

"Irsyad, please..? You're my bestfriend rite?"

ZAAAAPP! Hatinya tersiat. Kawan baik cuma, tak lebih dari itu. Happykan Afiq, Irsyad. Kadang-kadang kita kena lepaskan orang yang kita sayang supaya mereka bahagia kan? Kan? Alaahh macam dalam drama tu.

Perlahan-lahan Irsyad angguk walaupun hatinya meraung.

"Ya Allah! Thank youu Irsy! I love youuuu!" Afiq bersorak gembira. Ketawa.

Pandangan lantas Irsyad kalih, menyembunyikan air mata.

******

Kereta Lexus itu betul-betul berhenti di hadapan sebuah bangunan. Besar. Mata Irsyad lagi besar melihatnya. Satu.. Dua.. Tiga.. Empat.. Lima.. Hotel lima bintang! Gulp. Nak watpe datang sini? Irsyad intai dari tingkap. Banyaaak kereta mahal-mahal woo. Mercedes, Porsche, BM..X! eh, BMW laa. Fuuhh. Ape ni? Macam ada majlis besar.

"Haa turunlah" Suara Afiq mengejutkannya.

Irsyad kaku. Turun? Dengan baju camni? Aku ingat Afiq nak bawak pergi jalan mane je. Pergi kedai makan bawah jambatan ke.. Tak terjangkau pulak imaginasi sampai ke sini. Afiq pulak tak beritahu nak pergi mane. Sengal tol. Rase cam nak sorok muka bawah baju bila tengok orang lain pakai gown leret-leret cam at Hollywood nun.

"Ni kenapa pulak? taknak keluar?" Berkerut dahi Afiq melihat Irsyad yang macam kena pukau.

Geleng-geleng.

"Laa.. nape pulak?"

"Irsyad taknak turun!" Nak nangis dah ni.

"Jangan ngade-ngadelah Irsy. Irsy kan dah janji nak tolong Fiq. Malam ni an Fiq nak lamar die."

"Taknaaakk.." Air mata Irsyad dah meleleh. Taktaulah, sebab perempuan tu ke.. sebab baju ni.. atau..? Huhu.

Afiq terdiam. Irsyad menangis. Rase nak gelak pun ade. Tak pernah-pernah nangis depan orang, tetibe pasal baju pun nak nangis. Cute tol.

"Irsyad, listen. You look just wonderful tonite. Pedulikan ape orang tengok sebab Irsy sangat cantik pada mata Fiq walau tak kisah pape pun yang Irsy pakai."

WOW. Irsyad terpana. Begitu menusuk kalbu kot. First time Afiq cakap camni..

"Dah. Jangan nangis lagi k. Buruk tau." Afiq ketawa kecil. Irsyad yang memula malu-malu kambing pun ketawa gak.

Irsyad angguk . Air mata diseka. Tudung dibetulkan. Sekurang-kurangnya tak selekeh sangat. Karang diorang ingat Afiq bawak bibik pulak. Huhu.

Afiq bukak pintu kereta untuknya. Wah, sungguh gentleman. Dan.. baru dia perasan, Afiq pakai tux. Handsome sesangat sampai aku boleh langgar pintu kereta.

DOK!

"Ouch! Haha.. takpe, takpe." Apelah kau Irsyad. Dahi yang merah digosok. Malu~

"Sure okey?" Concern si Afiq.

Angguk lalu mereka membuka langkah ke pintu masuk.

Aduhaiii terasa kecik sangat diri ni bila mereka jalan seiiringan. Macam cerita Cinderella. Tapi.. Prince Charming yang ni dah ada pilihan hati dan princessnya bukan aku. Huuu.. Hati Irsyad berbisik.

'Here we go' Dia cuba mendapatkan bekalan oksigen secukupnya.

Friday, March 12, 2010

Kembali =4=

Angin semilir bertiup perlahan. Seorang gadis duduk sendiri. Ada kesuraman pada wajahnya. Irsyad menghela keluhan berat. Kertas di tangan dilipat kemas. Hatinya terasa berat.

'Aku kena pergi'

"Nurul Irsyaaaaaad!!" Lamunan mati. Dia berpaling pada suara yang cukup dikenali. Afiq.
Cepat-cepat kertas tadi disimpan di celahan fail.

"Ye saye. Kenape?"

Afiq berdiri di hadapannya tersenyum. Lama. Happy semacam je. Lesung pipitnya terhias bila senyum meleret sampai telinga. Mulut cramp karang baru tau. Haha.

"Ohh, i'm in love!" Afiq mendepakan tangan ke udara lalu terbaring di rumput nan hijau. Bahagia. Ewaahh, dia ingat ni cerita hindustan ape.

Afiq jatuh cinta? Biar benar.

"Oppsss! Wait wait. Ni apehal ni? Tarik nafas dulu.. cerita elok-elok boleh?" Irsyad angkat tangan macam referee. Yelah, tetibe jadi Shah Rukh Khan. Nasib baik tak nyanyi lagu Kuch Kuch Ho Ta Hai. Afiq tersengih semedang.

"I'm in love" Afiq ulang kata-kata tadi. Sah telinga aku belum pekak lagi, getus Irsyad.

"Kau demam ke? Ke dah kena bomoh? Haha." Ketawa. Manelah tau..

"Yes i know! Nonsense right? I found the girl Irsyad. I should have known it since the first time i saw her." Baginya perempuan melecehkan. Hati perempuan untuk dipermainkan tapi sekarang? Aduuhh hebatnya penangan cinta sampai aku boleh bersastera. Haha.

Irsyad macam tak percaya mendengarnya. Angau Afiq parah. Afiq tak pernah macam ni. Siapa yang buat Afiq macam ni?

"She's different Irsy. My heart's pounding when i'm with her."

Irsyad telan liur yang kelat. Cemburu? Kenapa?

"Irsy, i really love her! I do."

Hati Irsyad bagaikan melayang saat ini. Dia bertarung mencari kekuatan. Dari sisa-sisa hati yang dah hancur berkeping macam biskut tawar, dia mampu juga ukir senyum untuk Afiq.

"I'm gonna propose her Irsy. Seriously."

Irsyad nak rebah saat itu juga.


*****

GEDEGANG!

Pintu bilik dihempas. Beg dicampak. Buku-buku dilempar atas meja. Aida yang tengah kunyah kerepek terkejut. Nasib baik tak tercekik. Ingatkan terrorist mana serbu bilik aku? Matanya pelik memandang Irsyad yang sudah tertiarap atas katil, menyembamkan muka pada bantal. Ni kenapa pulak? Tetibe tunjuk perasaan..

"Irsyad?"

senyap.

"Irsy kenapa ni? Tell me!" Aida risau lantas menghampiri teman sebiliknya itu.

Tak pernah-pernah Irsyad macam ni. Assingment dia kena campak dengan Pn Hud pun dia boleh cerita sambil gelak-gelak lagi.Kucing mati? Sejak bila pulak Irsyad bela kucing? Putus cinta? Tak logik. Bila masanya pulak Irsyad bercinta? Haishh. Aida kusut memikirkannya.
Habis tu kenapa?

Perlahan-lahan Irsyad angkat muka. Tersedu-sedu. Matanya bengkak, merah. Muka dah basah dengan air mata. Hingus meleleh.

"Ya Allah, Irsyad! Siapa buat ni?" Aida merangkul tubuh sahabatnya dalam dakapan. Cuba meredakan tangis Irsyad yang kian parah macam empangan pecah.

Bila tangisnya reda, Irsyad tarik nafas dua tiga kali sebelum membuka mulut. Tarik...Hembus.. Tarik..Fuuuhh..

Aida dah tak sabar-sabar nak dengar cerita. Muka excited gile.

"A--Afiq! Die.."



I'm just a lil bit caught in the middlle
life is a maze
and love is a riddle
i dunno where to go
can't do it alone i've tried
and i dunno why


Serentak anak mata mereka jatuh pada Sony Ericson W7601i yang tengah bergegar. Cehh, Ingatkan Lenka datang menyanyi ke hape. Aida mendengus. Potong line betullah!

Lima, enam saat.. Irsyad boleh buat dek je. Pekak ke? Handphone masih berbunyi nyaring. Dijeling nama yang tertera pada skrin..


AFIQ calling..


Aida buat isyarat mata tapi Irsyad buat-buat tak faham. Aik?

"Afiq tuu. Angkatlah!"

"Owh"

"Wehh!"

"Cakap aku takde."

"Ishh jawablah sendiri."

"Tak nak!"


AFIQ calling..


"Irsyad, angkatlah.." ni mesti ade sumting wrong sumwhere ni..

"Urgghh bisinglah!" Irsyad rasa macam nak baling je handphone tu kat bulan. Biar puas hati. Biar aman dunia. Huh. Belum sempat dia berbuat demikian, Aida telah merampas telefon bimbitnya.

"Bagi balik!"

"Tak mo! Aku tau kau nak off kan?"

"Aidaaa!"

"Cakap je lah dengan Afiq!"

Irsyad buat muka.

"WAAARRGGGh!!"

lalu berlakulah adegan tarik-menarik handphone sebentar.

Entah macam mana Irsyad tertekan butang "ANSWER" . Gulp. Dia rasa macam nak pitam. Habislah.. nak tak nak, aku kena jawab jugak.

Matanya tajam memberi jelingan maut pada Aida yang sudah terjelir lidah. Dilekapkan handphone yang terhulur pada telinga. Terpaksa.

"Hum hello?"

"Nape lambat angkat? Lame Fiq tunggu."

"Hum. Nak ape?"

"Irsy okey?"

"Hum"

"Betul ni?"

"Hum"

"Cam takde mood je. Nape?" Sebab kaulah ngek! Hati Irsyad menjerit.

"Hum nothing."

"Irsy busy tak malam ni?"

"Hum"

"Hum apenye? Busy ke tak?"

"Busy"

"Okey. Great then. I'll pick you at 8."

"Heeyy tak na..!!"

TOOT.. TOOT..


Afiq dah matikan talian. Tak aci! Ni dah kes paksa dah ni. Huhu.

"Arggghhhh" Irsyad sembamkan bantal pada mukanya.

"Haih, ni kenape pulak? Tak faham aku ngan korang ni." Aida cuma tergeleng-geleng melihat Irsyad yang tak berapa betul saat ini.

"Aida.." Irsyad bingkas, mencapai fail di meja sebelah, menghulurkan sehelai kertas yang dilipat empat.

Aida kerut bagai. Membaca kertas A4 putih itu dan..

"Ya Allah! Irsy! Congrat's!!" Dia menjerit, memeluk Irsyad. Irsyad berjaya pergi futher study kat UK. Permohonan Irsyad untuk pelajar peralihan diterima.

"Kau tak happy?" Pelukan terlerai, melihat Irsyad yang cuma senyum tawar. Tunduk.

"A..Aku kena pergi Aida.." Air mata jatuh pada pipinya. Disapu dengan belakang tangan. Jauh tuu, lama jugak. Aida pun dah nak nangis sama. Baru sedar, akan berpisah dengan sahabat tersayang.

"Afiq dah tau?"

Geleng.

Thursday, March 11, 2010

Kembali =3=

McD

"So what's the story? Kau broke ngan sape pulak this time?" Irsyad bertanya sebaik saja Afiq mengambil tempat di hadapannya.

"Ish tak sabar-sabar." Irsyad cuma menyengih bila Afiq mengusik. Haih, rileks semacam je mamat ni. Kan baru putus? Teringat pulak cerita 3 tahun lalu, pasal Afiq broke up ngan girlfriend, mereka bertemu. Time tu dia hangin habis. Makwe pertamalah katakan.. Haha.

Irsyad pun dah pening kepala memikirkan awek-awek Afiq. Yup. He's a player. Muka hensem, banyak duit.. sekali petik jari, sepuluh dah tunggu woo. Sebab tulah mamat ni tak heran. Muka slumber je. Balik-balik, pada irsyad jugak dia cerita dan meluah rasa.


"Humm.. let me guess, dengaan Bella? Farah? kee Liyana? oh wait-wait, Amira? Haha!" . Irsyad terkekeh-kekeh.

"Bella n Nana."

"Hah? Kejap. Nana budak baru tu ke?"

"uhuh."

"Wow. Bile masenye? Serentak?"

"Yup. On the same day, same time, same place."

"Wahaha. Bercakaranlah budak dua ekor tu?" Terbayang adegan tarik-menarik rambut di mata Irsyad. Mesti kelakar, cam drama. Kenapelah aku takde masa tu? Boleh record, masuk You Tube. Haha.

"Dah nak meletus perang dunia ke 3 dah.. Hee. Last last, dedua aku tinggalkan."

"Fuuhh! Congrat's my friend, you just broke the record. Haha"

Afiq senyum bangga. Fiq.. Fiq.. bile lah nak berubah. Bukan sehari aku kenal dia. Dah tiga tahun tau. Irsyad pun tak faham.

"Perempuan camne lagi lah yang kau nak?" Irsyad mengeluh. Dari yang ayu sampailah menggedik nak mampus, Afiq boleh pilih sambil tutup mata. Tapi tak pernahnya kekal.

"Macam... You kot?" Selamba.

Tersentap jantung Irsyad.

Tetiba Afiq membongkokkan badannya, mukanya terlalu dekat dengan Irsyad. Matanya tepat-tepat memanah, terus mencairkan hati. DUP! DAP! DUP! DAP! Aduhaii kenapa berdebar semacam ni? It just a joke rite?

Perlahan-lahan Afiq mengukir senyum..

Irsyad rasa tak boleh bernafas. DUP! DAP! DUP! DAP!

"HAHAHAHAHA! Yes! You're blushing." Tawa Afiq pecah. Cehh, malaun betul mamat ni. Hotak dia gurau camtu. Dah tau memang joke, camne boleh blush pulak! Eiii.

"Ha. Ha. So funny." Geram. Beberapa fries dicapai dan dilempar pada Afiq yang cuba mengelak sambil ketawa terkekeh-kekeh.

"Chill okay. Just joking." Entah Irsyad, tenang. Fuuuh.

Afiq menyedut coke. Jeruk timun dari cheeseburger dikeluarkan, seperti kebiasaannya. Afiq tak suka benda alah tu. Masam, katanya. Kejap..

"Fiq?"

"Hum?" Mulut dah penuh.

"Food Irsyad mane?"

"Oh lupa pulak nak beli. Haha!"

Ceh, boleh pulak lupa. Dia sedap je sumbat burger dalam mulut. Irsyad dah buat muncung panjang. Uhu..

"Kite kongsi nak?" Afiq tersengih sambil menunjukkan burgernya yang tinggal separuh.

"Banyakla nak kongsi dua!" Sekali lagi fries dicampak pada Afiq.

"Heii! Hahaha" mereka sama-sama tergelak.


******

Irsyad menghempaskan badannya di atas katil sejurus masuk ke bilik. Tudung dibuka lalu diletak tepi. Uhh nak rehat kejaplah. Teddy bear pluffy warna coklat dipeluk. Afiq bagi time birthday haritu. Hihi.

"Baru balik?" Aida yang masih bertuala, menolak daun pintu. Baru lepas mandi agaknya. Teman sebiliknya itu menguak pintu almari.

"Humm" Irsyad pejam mata. Afiq baru saja menghantarnya pulang lepas diorang lunch McD tadi.

"Faiz kirim salam"

"Waalaikumussalam"

"Die tanye nape tak nampak kau pun pagi tadi?"

"owh" mestilah tak nampak,dah aku pergi kuar ngan Afiq.

"Die tu memang syok gilee an at kau Irsy. Since last sem lagi."

"Hum"

"Kau tak suke ke? Die tu bleh tahan ape."

"Tak" Irsyad jawab endah tak endah.

Aida pun tak tahu nak cakap ape dah. Faiz tu terang-terang dah cakap dah "i love you" kat Irsyad tapi budak tu boleh buat dunno je. Bukan setakat Faiz je, berlambak mamat menaruh hati, tapi takde satu pun yang Nurul Irsyad berkenan.

"Yelahh kalau dah name Afiq siang, malam. Mane nak pandang orang lain.."

Irsyad terus bukak mata. Kusyen pink dicampak pada Aida yang tengah sikat rambut. Aida megelak, ketawa. Irsyad ni spesies suke campak barang. Mana-mana barang yang sempat capai dia campak. Kalau kat dapur, tak tahulah. Memang bahaya. Pisau terbang.. Haha.

" Hei! Mane ade. Kitorang bestfriend tauu. Takde maknenye." Irsyad gertap bibir. Hissy.

Nak tahu nape sampai sekarang aku takde boyfriend? Sebab.. takde sorang boys yang aku jumpa macam Afiq. Haa Afiq lagi.. Kenapa pulak nak macam Afiq? Nape aku tak amik je Afiq terus kalau camtu? Haha.. Tapi betul ke aku takde perasaan kat dia? Irsyad terpisat sendiri. Aku yang tanya, aku kena jawab. Haih.

Kembali =2=

Pada petang nan permai, Afiq melabukan punggungnya pada kerusi batu berhampiran. Kopi diteguk, sejuk, menuruni kerongkongnya.

'Hai Fiq.. Fiq.. sejak kena marah ngan girl tu ,terus kau minum duduk ye. Haha' Dia tergeleng sendiri sambil tergelak. Lucu mengenangkan muka marah gadis comel semalam. Haih, bila ye kite nak jumpa lagi?

"Nah!"

Afiq tersedak. Siape ni? Tetiba main jerkah je. Nasib baik air kopi tak tersembur. Karang ade pulak insiden meraung cam semalam. Spontan dia mendongak.

Mak aih.. girl semalam. Baru je sebut, dah datang. Kalau ada jodoh tak ke mana kan? Hehe. Afiq berangan sendiri.

"Saya datang nak nak bayar duit ganti rugi kopi awak semalam. Ingat?" Duit RM 10 dihulur depan mata. Muka irsyad masam. She's serious. Afiq dah tak tahan nak ketawa. Kesian dia.. Haha. Dahla RM 10, ingat aku ada bawak duit tukar ke? Memang kelakar.

"Boleh tak awak ambik duit ni supaya saya tak nampak macam orang bodoh kat sini?" Irsyad hilang sabar. Ihh mamat ni, gelak-gelak pulak. Semalam marah sakan, beria-ia mintak ganti. Sekarang dah bagi, tak nak ambik pulak.

Afiq menolak, menggeleng.

"No thanks. It's fine. Sorry pasal semalam. Mood saya tak berapa stabil. Baru broke ngan girlfriend."

Eleh, hal peribadi tak yah la sampai terbawa-bawa. Tak pasal-pasal assingment aku jadi mangsa.. huhu.


"Dengan rupa camni awak nak hantar kat saya?!" Mata Pn Hud tak berani dipandang. Ngeri. Mau aku demam tiga hari. Irsyad tertunduk. Muka dah merah kena marah depan ramai. Dia baru saja menghantar assingment basah lencun + berbau kopi.

PRAAP!

himpuan kertas A4 yang elok dibind itu terbang melewatinya dan landing di tong sampah berhampiran. Fuuhh.. Masa tidur aku! Markah exam aku.. bagaikan terhuimban sama ke dalam tong sampah tersebut. Isk3 Sadis sungguh cikgu.


"Oyt!" lima jari tergawang-gawang di hadapannya. Afiq. Irsyad terpinga-pinga. Cehh, boleh pulak aku teringat kisah tragis semalam.

"Pasal kaulah assingment aku terbang.." Irsyad menggumam, perlahan.

"Huh ape die?" Afiq angkat kening. Macam dengar semut cakap. Eh? semut boleh cakap ke? haha.

"Urm, takde papelah. kla, saye pergi dulu." Irsyad dah melangkah. Dah tak boleh watpe dah. Huhu. Gelapnya hidupku..

"Hei hei! Tunggu jap!" Tetiba, Afiq Akim berlari-lari anak mengekorinya dari belakang. Irsyad pandang dengan muka blur. Ape pulak salah aku kali ni?

"Yang semalam tu awak meraung kenapa? Kopi tumpah atas apa?"

"Assingment."

"Bila due?"

"Semalam."

"Ohh ya? So so sorry. Habis?"

"Habislah."

"Hurmm if there's anything that i can help or...?"

"No need. I mean, no use."

"You budak design?"

Irsyad angguk.

" Umm lect mane?" Afiq benar-benar ingin menebus salahnya.

"Pn Hud binti Aman Ramli."

"Oh thank god! No big deal then. She's my aunt." dannn Afiq tersengih lebar. Lega.

Mulut irsyad dah terlongo. Makcik dia? Haa padan betul perangai diorang. Ehek. Lantaklah.. tapi betul ke mamat ni nak tolong aku? Oh, terasa dia mendapat cahaya hidup semula. haha.

"Really? Alhamdulillah! Thank you soooooooo much!" Irsyad menjerit kegirangan. Kalau laki ni perempuan dah lame aku peluk-peluk. Haish, ape kau fikir ni Irsyad. Hehe.

"Yes. You're mostly welcome. Glad that i can help." Afiq melempar senyum, lekuk di kedua belah pipinya terserlah. Pegun Irsyad melihat.

Mamat ni, takdelah firaun sangat. Baik jugak rupanya. Haih.

"I'm Afiq by the way. Afiq Akim B Rizwan."

"Irsyad. Nurul Irsyad Safwan." Senyum.

Kembali =1=

Dada Afiq terasa terbakar. Bahang yang menyengat hari tu bagaikan meningkatkan lagi suhu hatinya yang sudah sedia panas. Menggelegak beb! Mana taknye, elok-elok je depan mata nampak awek aku tengah berpeluk ngan Zamri capang. Sial punye minah!

Mesin air layan diri ditumbuk, melepas geram. Nasib baik la tak kemik. Ahh.. dia perlukan penyejuk hati kali ni. Lantas syiling dimasukkan dan butang Nescafe ditekan.

Irsyad berlari dalam kelajuan semaksima mungkin, Watson Nyambek pun boleh kena tarik rekod pelari pecut dunia. Ni semua pasal Pn Hud punya assingmentlah! Bersengkang mata satu malam aku siapkan. Mana tak gila, pukul 5 pagi baru tertidur. Alih-alih, celik mata dah pukul 9. Kuliah pukul 8. Mata dah macam beruang panda China, toksah cerita. Mandi pun tak. Argh! lantaklahh! yang penting benda alah ni kena hantar ASAP. kang tak pasal-pasal aku fail exam.

Tap! Tap! Tap! langkah larian dilajukan.

Afiq baru saja ingin meneguk air tin kopi di tangan dan..

BUMM! PRAPP! SPLASHH! ADUUUH! ARGGHHH!

Afiq hampir-hampir jatuh terduduk. Irsyad pula dah lama menyembah bumi. Adehh..

"Wei! mata kau letak mane hah?!! Tengok ape jadi!" Jerkah Afiq. Dia menyumpah-nyumpah bila kemeja putihnya diwarnai kopi. Baru je nak sejukkan hati, bala lain datang. Suwey betul!

Irsyad yang baru terkial-kial nak bangun sudah bergenang matanya.

"Oh no no no!! Assingment akuuu!! assingment aku!!" Meraung, mendapatkan himpunan kertas A4 yang sudah lencun dek air kopi. Habislah..

Kalau tak hantar hari ni, pointer habis kena tolak di mana sebahagian peratusnya menguasai exam dan boleh menyumbang kepada kegagalan..

TIDAAAKK!

Afiq geram ya amat. Mukanya merah menahan marah. Perempuan ni boleh buat dek je? Perempuan memang menyusahkan, siot tol.

"Heyy! Awak tak tau nak minum duduk ke hah?" Irsyad sudah berdiri bercekak pinggang memandang jejaka tinggi lampai dihadapannya. Ape kaitan? Ah, lantaklah! kalu dia elok-elok minum duduk tadi, takdenye aku terlanggar dia sampai mengorbankan assingment aku.
Dah tu, time ni lah pulak dia nak minum kopi. Kalau air mineral takpelah gak. Diulangi ; KOPI!

"WTH? Heyy! sukati sayelah nak minum diri ke, cangkung ke.. Yang awak tu dah buta ape? Tak reti nak jalan elok-elok?!" Takkanlah aku punya besar gabak tengah jalan ni dia tak nampak.

"Sekarang saya nak awak bayar balik ganti rugi kopi ni!" What?! Mata Irsyad hampir terjojol mendengar permintaan lelaki ini. Habis assingment aku plak camne?

Oh, baru aku perasan. Ni lah Afiq Akim anak datuk yang hawt kat kampus tu. Muka hensem tapi perangai cam ***** je, takde guna. Irsyad mengutuk sendiri.

"Faham tak?" Afiq hilang sabar bila Irsyad masih diam.

Ek ena, Berkira gila mamat ni. Duit bapak dia kan banyak. Takkanlah satu lagi tin kopi tak leh beli?

"It just a tin of coffe. Sorry, i got to rush."

"Eh, kopi ke.. milo ke.. ade saye kisah? Bayar!" Bentak Afiq. Huh.. Irsyad dah mendengus. Pape je lah. Ape? Dia ingat aku tak mampu nak bayar? Setakat dua tiga ringgit..
Pantas tangannya menyeluk poket seluar untuk mengambil purse. Tidak mahu memanjangkan adegan.

Poket kanan..

KOSONG!



Kiri..

KOSONG!



Belakang?

KOSONG!


Gulp. ni mesti kes nak cepat punya pasal sampai purse pun tertinggal. Panik. Afiq di hadapannya dah macam Along nak mintak hutang. Cuma yang ni versi hensem sikitlah. ehe.

"Err sorry. Purse tertinggal. Betul, Sorry sangat." Boleh percaya ke ni? Hadoyy!

Mata Afiq mencerun memandangnya, atas-bawah macam nak jatuhkan hukuman bunuh je. Irsyad pulak resah. Kejap-kejap melirik jam tangan. Kelas Pn Hud.. melepasalah.. camne ni?

"Ehh tengok! Sheikh Muzaphar terbang!" Jerit Irsyad tiba-tiba sambil menunjuk ke langit.

"Mane? mane?" Afiq mendongak dann.. sepantas kilat Irsyad membuka langkah lari pecut 100 m. Tadi dah lari, sekarang lari lagi. Adehh boleh kuruslah camni.

"Weyy minah! Duit aku! Shit!" Afiq tersedar bila Irsyad dah lesap entah ke mana.Tahap bengangnya kala itu di peringkat maksima. Bodoh betul kau Fiq, boleh kena tipu camtu. Tak logik langsung! Tanpa sedar dia tersenyum sumbing, kelakar!

Muka diraup. Sabarlah, this is not the end.

Wednesday, March 10, 2010

Kembali =Intro=




Nurul Irsyad
"I need you by my side"



Afiq Akim
" tell me you love me "




Mikael Khairi
"I'm right here"


p.s first trial, first story ;) harap korang suke ek. Maaf klw ade kekurangan.