When you left I lost a part of me
It's still so hard to believe
Come back baby, please
Cause we belong together
Who else am I gon' lean on
When times get rough
Who's gonna talk to me on the phone
Till the sun comes up
Who's gonna take your place
There ain't nobody better
Oh, baby baby, we belong together
Irsyad termangu di birai katil . Bingung. Menangis sudah. Meraung sudah. Dia penat. Dah berapa bulan dia macam ni? Entah. Malam dan siang berganti tidak dikira. Saat tidak dihitung. Bagaikan hidupnya kosong. Tiada makna.
I can't sleep at night
When you are on my mind
I only think of you
And it's breaking my heart
I'm trying to keep it together
But I'm falling apart
I'm feeling all out of my element
I'm throwing things, crying
Trying to figure out
Where the hell I went wrong
The pain reflected in this song
It ain't even half of what
I'm feeling inside
I need you
Need you back in my life, baby
Aku tak boleh. Aku tak mampu. Irsyad tak kuat Afiq! Kenapa Afiq pergi camtu je? Kenapa sagalanya bagaikan terlalu kejam? Irsyad meraup mukanya beberapa kali. Mindanya bingung. hatinya kusut. Rasa bersalah menikam. Kenapa kita tak pernah hargai orang yang kita sayang bila dia ada depan mata? Irsyad mintak maaf Afiq. Irsyad sayang Afiq. Irsyad love Afiq. If only..
Air mata yang leleh di pipi dikesat.
TOK! TOK!
Tersentak. Pintu biliknya diketuk.
"Irsyad? Nak pergi tak?" Emak.
"Humm tengoklah.."
"Okey. Jangan lambat sangat." dan selepas itu senyap. Tiada lagi suara. Seiisi rumah sudah bergerak ke Butik Aisyah. Hari ni, hari pembukaan butik pertama emak. Perlu ke aku pergi? Kat sana nanti semua orang senyum, gembira.. muka macam aku ni buat rosak majlis je. Huhu.
C'mon Irsyad. Start a new life. Meet people.
Fuuuhh..
Dia nekad lalu bergegas ke bilik mandi. Membersihkan diri, dan mengemasakn diri yang sudah berkurun tak terurus. Agaknya, kalau tumbuh janggut mesti serabai macam orang zaman batu.
*******
Irsyad mengenakan blouse putih berbunga kecil. Tudung merah jambu, litup di kepala. Tampak manis dan sopan. Senyum Irsyad.. senyum.. Adehhh, dah berape jam aku terpaksa senyum palsu ni? Para tetamu mula beransur pulang. Lega sikit.
Perasmian butik sulung ini disambut meriah. Belon sana-sini, riben tempek situ sana, fashion show, tak masuk bab makan lagi. Memang best. Oh, sebut pasal makan.. Dari pagi tadi aku tak jamah pape. Lapar deh. Sejak Afiq takde, aku langsung tak selera nak makan. Badan pun kurus melidi. Agaknya sekali angin tiup, badan dah melayang. Entah kenapa, hari ini perut bersemangat nak makan. Irsyad terus bergegas ke meja hidangan, mane tau ada makanan yang tinggal..
Aha! Itu dia! pucuk dicita, ulam pun tiba. Favourite tu. Yehhh, dia terus mengambil potongan blueberry cheesecake yang tinggal suku, manually pakai tangan. Alah~ sumbat jelah. Semua orang pun dah balik. Takde yang nampak punye.
Auuuuuumm.. Yumyum. Saat kek menyentuh lidah, terasa kelembutan jus keju dan manisan blueberry. Uh, sedaaaaaaaapnye! Nikmat tak terkira, bulu roma meremang keenakan. Irsyad menjilat-jilat jarinya penuh keghairahan. Nak sepotong lagilah...
Pipi dah kembung macam chipmunk. Bibir comot diselaputi krim. Kalau mertua tengok ni, terus kena reject. Haha.. Tangannya dah bersedia untuk mengambil potongan ketiga.
"Dasyhatnye... Kebulur sangat ke?" Suara seorang lelaki menegurnya. Gulp.
"Uhuk! Ahak! Ehek!" Irsyad tersedak. Terasa nak terluah semula kek yang ditelan. Mata dah terbeliak. Ade.. orang.. tengok aksi 18xx aku ke tadi? 'Dia' dah lama perhatikan aku ke? Muka Irsyad bagaikan disimbah sebaldi darah. Malu oh~
Irsyad masih berdiri tegak. Uhh, nak pusing belakang tengok gerangan yang menegur tak? Okeyy! Pejam mata dan.. pusing!
ZUUUUP!! Spontan itu mata besar Irsyad terbeliak.
Saat itu, tubuhnya beku. Darahnya berderau.. Afiq?!
KLIK!
Tergamam.
Ya Allah! Kau gila ape Irsyad? Afiq dah takde!
Lelaki itu senyum sumbing sambil memegang handphonenya. Kejap! Ape dia buat?
"Comel" 'Adam' itu senyum sambil menayangkan handphone Blackberrynya pada Irsyad. Kenapa pulak ni? Taulah handphone mahal, tak payahla riak. Ish.
Gambar seorang gadis dengan muka terkejut + krim comot penuh kat muka muncul di skrin. Kelakar gile! Haha.. Irsyad rasa cam nak gelak guling-guling atas tanah. Kalau masuk facebook.. Eh! Kejap! Macam familiar je...Itu bukan ke gambar aku? GULP.
Dia.. amik.. gambar aku ke tadi??!! WARRRRGGGGGHHH!!
"Heii! That's very rude and totally illegal!" Irsyad dah menjerit marah. Ape ni? sukati je amik gambar orang! Nak kena saman ke? Kurang ajar betul.
'Adam' itu dengan selambanya memasukkan handphone tersebut ke dalam poketnya. Satu killer grin terukir di wajahnya membuatkan Irsyad rasa tak tentu arah. Belum sempat Irsyad menghamburkan geram..
"Irsyad!" Suara nyaring ibunda tercinta kedengaran. Memecah ketegangan.
Pn. Hashima alias emak Irsyad menghampiri mereka berdua. Di sisinya berdiri seorang wanita dalam lingkungan 40 an. Anggun berbaju batik pucuk pisang.
"Ni haaa, mak nak kenalkan dengan kawan mak. Datin Marlia. Die nilah yang banyak tolong mak dalam usaha nak bukak butik ni"
Irsyad melempar senyum manis lantas bersalaman dengan wanita separuh abad itu. Ohh.. Mak datin ni kelihatan masih anggun walaupun sudah lanjut usianya. Sesekali matanya curi-curi melirik pada lelaki yang masih tercegat di sebelahnya. Hati dirundung gelisah. Hisshh! Die buat ape lagi kat sini?
"Ehhhh, tak payahlah ber-mak-datin dengan saya. Panggil Auntie Mar je. Ni Irsyad ye? Cantiiik.. Dah besar panjang rupanye." Datin Marlia menampar bahunya lembut.
Kena puji. Kuang kuang kuang~
"Puuuft!! Uhuk!" Lelaki di sebelahnya menahan tawa. Mulut ditekup. Cehh, perli la tu. Sakitnya hati! Nyibuk je. Irsyad rasa macam nak pijak kaki dia kuat-kuat kat situ jugak, tapi ditahan. Tak manis anak dara buat macam tu depan orang.
"Terima kasih banyak ye Puan.." Emak mengiringi Datin Marlia hingga ke pintu butik. Irsyad mengekori, lelaki tersebut membuntuti. Apsal mamat ni ikut sekali?
"Takpe, takpe. If there's anything just give me a call."
Lelaki itu mendahului langkah Irsyad, menghampiri Datin Marlia yang sedang berbual dengan Pn. Hashima. Sempat dia hadiahkan lagi satu killer grin yang menyakitkan hati Irsyad. Sengih, sengih.. Taulah dia hensem!
"Okeylah. Anak saya dah bising nak balik, katanya berlambak kerja kat office." Datin Marlia meminta diri sambil meraih lengan pemuda itu. Anak.. dia?!
"Hah itulah dia, nak tunggu mama sekejap pun susah ye Mikael." Emak mengusik. Emak pun kenal paparazzi tak bergaji ni? Mikael nama dia? Sah bukan Afiq! Bukan..
Irsyad masih blur blur bila kereta merc hitam hilang dari pandangan. Huh?
Bahunya dipeluk seseorang. Irsyad lantas berpaling, seraya tersenyum memandang emaknya. Mata orang tuanya berkaca. Ada riak haru di situ. Dia tahu.. semua orang risaukannya selepas pemergian Afiq. Setiap saat mereka sentiasa di sisinya tetapi Irsyad tiada daya. Hari ini dia bangkit. Membeliakkan mata yang memandang. Irsyad cuba kuatkan diri, tegarkan hati. Pn. Hashima Bangga dengan perubahan anaknya. Mereka berpelukan erat.
No comments:
Post a Comment