mumbling- mumbling

Assalamualaikum wbt. Hyee readers. Saya muka baru at sini dan posts pn tak banyak. Masih belajar banyak perkara dan cerita pun tak bape best. Huhu. Sorry sorry sorry. Insyaallah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jarang mewujudkan diri di sini sebab belajar itu satu keutamaan. yeaahhh *gelak* so, do give me sum supports k :) btw, thank's for dropping by and for the comments !

Tuesday, March 16, 2010

Kembali =9=

KLIA- 3 and a half years later..

Barisan manusia masih panjang, menanti untuk keluar dari perut pesawat MAS dan Irsyad adalah antara orang yang terawal keluar. Teruja.

"Terima kasih, jumpa lagi!"

Irsyad membalas senyum. Aduuhh! Hensemnye pramugara ni. Beg sandang digalas erat.

Hawa panas menampar wajahnya. Irsyad jejakkan kaki atas tanah. Rase cam nak cium-cium je tanah kat sini. Nafas ditarik sedalamnya. Malaysia, Oh tanah airku.. I'm back!

Terbayang di ruang matanya wajah mak, abah dan... Afiq! Semalam dah call Afiq. Dia janji nak jemput. Sebulan lagi mereka bakal melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah. Irsyad tersenyum bahagia, tak sabar nak tatap wajah-wajah yang dirindui.

Tiba di balai ketibaan, ibu bapa, sanak saudara dan handai taulan sedang bersesak menemui kepulangan wajah-wajah yang dinanti. Irsyad senyum melihat gelagat mereka. Tiada sambutan buatnya. Kepulangannya kali ini tanpa pengetahuan keluarga. Nak buat suprise kononnya.
Matanya ralit tercari-cari kelibat seorang jejaka. Afiq Akim.


"Nanti bila Irsy nak balik sini, bitau tau. Nanti Fiq tunggu kat sini, pegang signboard besar- besar , tulis.. IRSYAD'S FUTURE HUSBAND. Hakhakhak!"

"Hisyhh! Irsy taknak ngaku nanti. Tak kenal-tak kenal.. Haha."

"Manelah tau an, die lupe at kite sebab mat salleh at sane hensem hensem. Huhu"

"Takdelah! Haha!"


Irsyad ketawa kecil mengenangkan saat beberapa tahun lalu. Hum, Afiq belum sampai lagi kot. Orang yang dicari tiada bayang. Takpe, dia tunggu.. Sanggup tunggu.

30 MINIT.
Traffic jam kot. Irsyad round-round kat airport dulu.







SATU JAM.
Irsyad topang dagu.








SATU JAM SETENGAH.
Banyak kali nombor telefon bimbit Afiq cuba didail tapi tiada jawapan.





HAMPIR DUA JAM.

Arggghh penat menunggu! Muak. Tahap kesabarannya meletus dari batasan. Irsyad mula rasa bengang. Akhirnya, dia mengambil keputusan dan menelefon abah untuk menjemputnya. Mane Afiq ni? Ahh! lantaklah! Hati kecilnya tercalar.


*******

"Irsyad, Fiq tu tak sengaja kot, yang penting Irsyad dah selamat smapai." Encik Safwan yang sedang memandu cuba menenangkan anaknya. Irsyad kalau dah merajuk, muka masam je. Langsung tak bagi respons.

Tak sengaja? Hah yelah tu. Mesti Afiq busy sangat sampai lupe kat orang. Sakitnye hati ni. Niat hati yang teruja nak berjumpa orang yang disayangi terbantut. Moodnya melayang.

BZZZZZRRRR!! BZZZZZZZRRRRR!!

Poketnya bergetar. Handphone. Huh. Siape plak yang call ni?


AFIQ CALLING..


Oh. Urmmmm Nak jawab taknak? Jawab taknak? Jawab? Taknak? Jawablah!

"Assalamualaikum." Suara garau menyapa pendengarannya. Hati Irsyad msendidih.

"Waalaikumussalam. Fiq tau tak Irsy macam orang bodoh tunggu Fiq kat airport tadi!"

"Kak Irsy, ni Aqil." adik Afiq yang bersuara.

Gulp. Alamak, camne leh silap. Tulaa, aku main serbu je. Tau nak marah je. Irsyad mengutuk diri. Eh, habis tu.. Afiq mane?

"Owh. Sorry sorry. Ehem.. Afiq mane?"

"Die.. Urm akak, Sebab tulah Aqil call ni. Abang Fiq.. die.."

Senyap. Aqil telan liur. Nafasnya mendesah dari corong telefon. Irsyad rasa tak enak.

"Die accident on the way nak amik akak tadi!"

Huh?! Tersedut segala darah Irsyad. Ya Allah! Dadanya berombak.

"Ya Allah.. Ha..Habis tu die camne?" Teruk ke?

"Akak.. Abang tadi parah. Akak sabar ye, die.."

Kerisauan menghambat. Ya Allah, selamatkanlah dia..

"Akak, mintak maaf sesangat.. Abang Fiq dah takde."

PAP! Handphone terlepas dari genggaman.

Nafas Irsyad dah tak tentu arah. Allah..Allah.. Tak mungkin. Jantungnya bagai nak pecah mendengar berita itu. Air mata dah mencurah-curah.

Afiq!!!

No comments:

Post a Comment