mumbling- mumbling

Assalamualaikum wbt. Hyee readers. Saya muka baru at sini dan posts pn tak banyak. Masih belajar banyak perkara dan cerita pun tak bape best. Huhu. Sorry sorry sorry. Insyaallah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jarang mewujudkan diri di sini sebab belajar itu satu keutamaan. yeaahhh *gelak* so, do give me sum supports k :) btw, thank's for dropping by and for the comments !

Thursday, March 11, 2010

Kembali =1=

Dada Afiq terasa terbakar. Bahang yang menyengat hari tu bagaikan meningkatkan lagi suhu hatinya yang sudah sedia panas. Menggelegak beb! Mana taknye, elok-elok je depan mata nampak awek aku tengah berpeluk ngan Zamri capang. Sial punye minah!

Mesin air layan diri ditumbuk, melepas geram. Nasib baik la tak kemik. Ahh.. dia perlukan penyejuk hati kali ni. Lantas syiling dimasukkan dan butang Nescafe ditekan.

Irsyad berlari dalam kelajuan semaksima mungkin, Watson Nyambek pun boleh kena tarik rekod pelari pecut dunia. Ni semua pasal Pn Hud punya assingmentlah! Bersengkang mata satu malam aku siapkan. Mana tak gila, pukul 5 pagi baru tertidur. Alih-alih, celik mata dah pukul 9. Kuliah pukul 8. Mata dah macam beruang panda China, toksah cerita. Mandi pun tak. Argh! lantaklahh! yang penting benda alah ni kena hantar ASAP. kang tak pasal-pasal aku fail exam.

Tap! Tap! Tap! langkah larian dilajukan.

Afiq baru saja ingin meneguk air tin kopi di tangan dan..

BUMM! PRAPP! SPLASHH! ADUUUH! ARGGHHH!

Afiq hampir-hampir jatuh terduduk. Irsyad pula dah lama menyembah bumi. Adehh..

"Wei! mata kau letak mane hah?!! Tengok ape jadi!" Jerkah Afiq. Dia menyumpah-nyumpah bila kemeja putihnya diwarnai kopi. Baru je nak sejukkan hati, bala lain datang. Suwey betul!

Irsyad yang baru terkial-kial nak bangun sudah bergenang matanya.

"Oh no no no!! Assingment akuuu!! assingment aku!!" Meraung, mendapatkan himpunan kertas A4 yang sudah lencun dek air kopi. Habislah..

Kalau tak hantar hari ni, pointer habis kena tolak di mana sebahagian peratusnya menguasai exam dan boleh menyumbang kepada kegagalan..

TIDAAAKK!

Afiq geram ya amat. Mukanya merah menahan marah. Perempuan ni boleh buat dek je? Perempuan memang menyusahkan, siot tol.

"Heyy! Awak tak tau nak minum duduk ke hah?" Irsyad sudah berdiri bercekak pinggang memandang jejaka tinggi lampai dihadapannya. Ape kaitan? Ah, lantaklah! kalu dia elok-elok minum duduk tadi, takdenye aku terlanggar dia sampai mengorbankan assingment aku.
Dah tu, time ni lah pulak dia nak minum kopi. Kalau air mineral takpelah gak. Diulangi ; KOPI!

"WTH? Heyy! sukati sayelah nak minum diri ke, cangkung ke.. Yang awak tu dah buta ape? Tak reti nak jalan elok-elok?!" Takkanlah aku punya besar gabak tengah jalan ni dia tak nampak.

"Sekarang saya nak awak bayar balik ganti rugi kopi ni!" What?! Mata Irsyad hampir terjojol mendengar permintaan lelaki ini. Habis assingment aku plak camne?

Oh, baru aku perasan. Ni lah Afiq Akim anak datuk yang hawt kat kampus tu. Muka hensem tapi perangai cam ***** je, takde guna. Irsyad mengutuk sendiri.

"Faham tak?" Afiq hilang sabar bila Irsyad masih diam.

Ek ena, Berkira gila mamat ni. Duit bapak dia kan banyak. Takkanlah satu lagi tin kopi tak leh beli?

"It just a tin of coffe. Sorry, i got to rush."

"Eh, kopi ke.. milo ke.. ade saye kisah? Bayar!" Bentak Afiq. Huh.. Irsyad dah mendengus. Pape je lah. Ape? Dia ingat aku tak mampu nak bayar? Setakat dua tiga ringgit..
Pantas tangannya menyeluk poket seluar untuk mengambil purse. Tidak mahu memanjangkan adegan.

Poket kanan..

KOSONG!



Kiri..

KOSONG!



Belakang?

KOSONG!


Gulp. ni mesti kes nak cepat punya pasal sampai purse pun tertinggal. Panik. Afiq di hadapannya dah macam Along nak mintak hutang. Cuma yang ni versi hensem sikitlah. ehe.

"Err sorry. Purse tertinggal. Betul, Sorry sangat." Boleh percaya ke ni? Hadoyy!

Mata Afiq mencerun memandangnya, atas-bawah macam nak jatuhkan hukuman bunuh je. Irsyad pulak resah. Kejap-kejap melirik jam tangan. Kelas Pn Hud.. melepasalah.. camne ni?

"Ehh tengok! Sheikh Muzaphar terbang!" Jerit Irsyad tiba-tiba sambil menunjuk ke langit.

"Mane? mane?" Afiq mendongak dann.. sepantas kilat Irsyad membuka langkah lari pecut 100 m. Tadi dah lari, sekarang lari lagi. Adehh boleh kuruslah camni.

"Weyy minah! Duit aku! Shit!" Afiq tersedar bila Irsyad dah lesap entah ke mana.Tahap bengangnya kala itu di peringkat maksima. Bodoh betul kau Fiq, boleh kena tipu camtu. Tak logik langsung! Tanpa sedar dia tersenyum sumbing, kelakar!

Muka diraup. Sabarlah, this is not the end.

No comments:

Post a Comment